Tuesday, December 28, 2010

Pencarian


Selama ini ku mencari-cari  sinaran permata
cuma ku temui  kerdipan kaca
ku mencari kerlipan bahagia
ku temui cahaya derita
ku tabahkan jiwa mencari terangnya siang pula
ternyata hanya malam gelita yang menjelma....
ku cuba mengerti pancaran cinta
tapi nyalaan kecewa dan hampa yang di terima..

Thursday, December 9, 2010

senyumlah Sahabatku

sahabatku,
senyumlah selalu
walaupun sebenarnya senyuman itu adalah senyuman yang menyembunyikan segalanya
senyumlah walau jauh sudut hatimu terdapat
satu masalah
sepuluh kegusaran
seratus kekecewaan
seribu kehampaan
dan sejuta kesakitan...
kerana dunia ini adalah cabaran sebenarnya
hidup adalah masalah yang perlu diselesaikan
bukanlah biarkan saja hidup ini tanpa erti
ingatlah tujuan manusia diciptakan didunia ini..
biarkanlah masa yang berlalu membawa setiap kesakitan itu
masa adalah pengubat segalanya...

Thursday, December 2, 2010

Kata HAMKA

Apakah kau sebenarnya berani??
kadangkala kita sebenarnya penakut kerana berani adalah seperti kata HAMKA
Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.
Itulah keberanian yang sebenarnya

pernahkah terlintas di fikiran kita
apa yang terjadi adalah yang terbaik buat kita??
seperti kata HAMKA
Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik.

Sebutlah yang sebenarnya kerana HAMKA berkata
Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran adalah orang yang lemah.
inilah ketakutan kita....tidak berani berkata yang benar...
Itulah sebenarnya kelemahan kita... 
perlukah kita dipandang hebat
sedangkan kita sebenarnya hanya manusia yang lemah
kekadang kita memikirkan kitalah yang terkuat
tetapi pernahkah kita terfikir ada orang yang dapat mengalahkan kita
pernahkah kita berfikir bahawasanya terdapat orang yang lebih hebat daripada kita
kita hanyalah manusia yang dicipta Oleh Allah
segala yang ada pada kita hanyalah pinjaman semata-mata

Andainya Allah mengambil kembali pancaindera yang di pinjamkan kepada kita,
adakah kita mampu untuk hidup..?

Renungkanlah bersama 
Adakalanya aku terfikirkan
kenapa manusia ini hanya bersandiwara?
mengapakah semuanya sekadar hipokrit semata-mata
tidak pernah membenarkan yang benar
hanya mengikut telunjuk orang yang sebenarnya mempunyai 1001 niat yang tidak ikhlas
hanya menunggu masa untuk membalas segala perbuatan kita..

membalas segala yang selama ini dipendam
sekadar mengukir senyuman yang mempunyai seribu maksud
perlukah itu semua?
perlukah semuanya di selindungi sesdangkan yang terjadi tak seperti yang dikehendaki
hanya pandai menyedapkan hati manusia lain
bermotifkan kebanggaan yang tak bernilai
hanya ingin menunjukkan kehebatan diri...

Wednesday, December 1, 2010

lidah lebih tajam daripada pedang
berbahasa perlulah memikirkan orang yang mendengar
adakalanya berbahasa perlulah berfikir baik buruknya

buat si pendengar pula,
adakalanya orang yang berkata-kata hanya menyampaikan
tetapi si pendengar menyalah kan pula
tidak mengapa...

sabarlah wahai orang yang menyampaikan perkara yang benar 
ketahuilah bahawa tak semua manusia didunia bersedia mendengar perkara yang elok
biarlah mereka dengan dunia mereka
kau sebenarnya telah menjalankan amanah dan tanggungjawabmu

sebenarnya si pendengar akan memikirkan kata-katamu
berkemungkinan si pendengar akan berubah
geraklah hati dengan kata-kata

oleh sebab itulah wujudnya pepatah 
"lidah adalah lebih tajam daripada mata pedang"

Tuesday, November 30, 2010

Pepatah ada mengatakan,
"kita dikurniakan dua telinga, dan satu mulut"
barulah aku fahami apabila terbitnya ayat nie
" mendengar 2 kali dan berbicara satu kali"
kerana kalu kita berbicara adakalanya tidak kena pada tempatnya
ada kalanya berbicara akan disalahkan jua
lebih eloklah aku mendiamkan saja
biarlah dunia yang tentukan.....

lebih tenang sekiranya kita mendengar dan biarkan saja
mendengar untuk mengambil hati
janganlah disimpan apa yang didengari
sekiranya yang didengari itu boleh membuatkan kita tertekan
lebih baik biarkan sahaja ianya berlalu begitu...

Salah KAh???

Aku menjadi serba salah apabila terperangkap didalam dilema
menjadi orng yang diam apabila berhadapan situasi yang aku tidak suka
aku menjadi seorang yang bukan diriku
perlukah aku menjadi orang lain sedangkan diriku ini sebenar lebih baik
ARGHH!!!
terperangkap didalam dilemma sebenarnya susah..
perlu membuat pilihan yang lebih tepat
perlu memikirkan kesan-kesannya

jawapan yang paling sesuai apabila terperangkap didalam dilemma antara kawan 
adalah mendiamkan diri....

Sesuatu yang senang kau ucapkan

Mudah kau lafazkan maaf
pernahkah kau fahami maksud maaf itu

Mudah kau berkata
puaskah hati si penerima
setelah kau guris luka
walau bukan sayang dicipta
walau bukan badan terluka
tetapi emosi terasa
betapa siksanya
bila kata-kata itu sebenarnya dusta.

Ku biarkan masa menentukan 
segalanya
kerana masa pengubat rasa
pengubat duka lara
pencipta bahagia gembira
penghilang dusta
penerbit cinta


fikirlah wahai teman Ku

Temanku Bilakah kau Akan sedar???
adakah tatkalanya terbentangnya kesalahan dirimu didepan??
atau tatkala kau melihat tubuhmu terbujur kaku??..

fikirlah wahai teman..
adakah kau bersedia menghadapai maut apabila malaikat menjemput mu??
sediakah dirimu dengan keadaan mu sekarang????

Wednesday, November 17, 2010

Happy together with my family on 17-11-10

adikku yang bongsu sekarang dah berumur 1 tahun 3 bulan...hurm dah besar dah....gigi pun dah tumbuh...
Shahrul With My little Bro
Makanlah jari tu...sedapkan?????hehehe 

Shahrul With My little Bro (Muhamad Shahzuan)
senyum sokmo bila ada depan kamera!!!!

My Fam Go To My Aunt House and then go to my mum house at Bukit Gedung. Pergi beraya lah katakan... 

Happy Motorist At QB
Yang No.4 nie dah 5 tahun 9 bulan dah..hehe dah besar lah jugak.... 

Racing!!!!!!
...Nak Race Lah Katakan..hehehhe

Tenung Apa Tu??
Nie bapak aku...heheh jiwa remaja lagi tuh....heheh
perasan tak?? adik aku tengah berlari dari jauh tuh..... 

Hebat Tak Robot Aku??
yang baju putih tu adik aku no.3..15 tahun dah...sama tarikh lahir dengan aku... 

SodapNya!!!
hehe  

Hurm Dapat Peha Ayam....



Minum Dulu!
Nie Dekat KFC Batu Feringghi... Menjamu Selera hehehe.. 

Monday, November 15, 2010

Buat Sahabat-sahabat ku

Sahabat..
Kawan Yang Datang Pastikan pergi jua...
pertemuan yang berlaku pasti ada perpisahan


Gara-Gara Memasuki Rumah Manusia

Gara-gara 'cerobohi' rumah manusia

Rumah aku 'dicerobohi' oleh seekor makhluk Allah yang berwarna hitam bersinar...panjangnya hampir setengah meter...semasa aku balik ke rumah selepas kerja, aku ternampak makhluk tersebut berhampiran mesin basuh...aku bernasib baik kerana ia tidak sedar semasa aku memasukkan stokin ke dalam mesin basuh...oleh kerana berasa risau, aku terus memanggil jiranku untuk membunuhnya..
inilah yang terjadi:
 Ini selepas dibakar
 kemudian aku meletakkan makhluk tersebut di tengah jalan....Selang beberapa minit,
bas telah melanggarnya..
maka telah keluarlah habis isi perutnya...iaitu seekor katak....