Tuesday, November 30, 2010

Sesuatu yang senang kau ucapkan

Mudah kau lafazkan maaf
pernahkah kau fahami maksud maaf itu

Mudah kau berkata
puaskah hati si penerima
setelah kau guris luka
walau bukan sayang dicipta
walau bukan badan terluka
tetapi emosi terasa
betapa siksanya
bila kata-kata itu sebenarnya dusta.

Ku biarkan masa menentukan 
segalanya
kerana masa pengubat rasa
pengubat duka lara
pencipta bahagia gembira
penghilang dusta
penerbit cinta


No comments:

Post a Comment