Wednesday, July 20, 2011

Remaja Masa Kini

Remaja Masa Kini,
walau dilengkapi teknologi tinggi,
akhidah masih rendah lagi,
harga dan maruah diri,
tidak lagi dipeduli,

Remaja Masa Kini,
tidak berfikiran tinggi,
masa depan tidak difokuskan lagi,
hanya mengejar kepuasan hati,

Remaja Masa Kini,
hanya pandai memerhati,
lemah bertindak sendiri,

Remaja Masa Kini,
hanya ikutkan nafsu diri,
tidak memikirkan akibat menanti,

Remaja Masa Kini,
hidupnya penuh imaginasi,
dibiarkan realiti pergi,

Remaja Masa Kini,
motivasi diri rendah sekali,
begitukah ingin hidup berdikari,

Remaja Masa Kini,
perlu dibimbing lagi,
untuk menjadi pewaris negara ini,
pewaris generasi ke generasi,

Remaja Masa Kini,
perlu digilap lagi,
bakat diri masih tersembunyi,
masih berada dialam fantasi,

Itulah realiti,
REMAJA MASA KINI...



Mutiara Kata: "Remaja Pewaris Bangsa..."

Tuesday, July 19, 2011

erti persinggahan

kau yang ku gelar sayang..
gelaran itu hanya bayang..
datangmu tanpa diundang..
pergimu jua tidak ku halang..
kehilanganmu tidak aku kecundang..

kerana dirimu itu hanya persinggahan..
setelah luka dari insan yang ku kasihkan..
kau hanya ku permainkan..
setelah maruah ini kau calarkan..

tiada erti percintaan..
dia juga ku dambakan..
walau toresan luka masih ada kesan..

tidak ku fahami erti tawa dalam tangisan..
pergimu tidak aku kesalkan
itulah yang ku gelar persinggahan..

itulah hakikatnya

memang begitulah hakikatnya...
kau tidak pernah aku sayangi seperti dia yang pertama buatku,
dia memahamiku tidak sepertimu yang menyekat kebebasanku,
aku hanya mainkan perasaanmu sahaja kerana aku sebenarnya ingin membalas apa yang telah kau lakukan sebelum ini..
tiada perasaan sayang dan tidak pernah wujud rasa itu semenjak dahulu lagi..
apa yang aku pamerkan hanyalah lakonan semata pada dunia yang nyata...

Sunday, July 17, 2011

Bayang siapa Kamu???

Bayang..
siapakah dirimu ini???
kenapa kau menjadikan dirimu umpama bayang..
tidakkah kau ingin aku kenal dirimu..
terlalu banyak persoalan kepadamu ingin ku tanya..

bayang
bilakah kau kan jelmakan dirimu..
tidak ku tahu perasaanmu..
tidak ku tahu ekpresi dirimu..

kau kelam..
dirimu hadir dalam bayangan..
sukar ku ungkapkan siapa dirimu..

inikah misteri yang harus aku cari
haruskah aku sendiri menyuluh cahaya kepadamu agar ku tahu siapa dirimu??..

Wednesday, July 13, 2011

aku kehilangan insan yang memberi semangat jiwaku
insan itu telah lari menjauhkan diriku ini..

mungkin inilah yang harus ku terima buat kedua kalinya
setelah insan yang ku sayangi khianati diri ini..
mungkin ini yang harus ku tempuhi untuk berjumpa dengannya
insan yang selama ini masih aku mencari..

detik demi detik..
saat demi saat
minit demi minit..
aku masih menantimu sayang...

Saturday, July 2, 2011

sanggup kau..

tegarnya engkau melakukan begitu,
kemana hilangnya perasaan kasih mu itu,
kemana ghaibnya janjimu dulu,
sewaktu dirimu kecil ditatangnya bagai minyak yang penuh,
ditunaikan ap yang kau minta walau susah payah,
tulang empat kerat itulah dibantingnya untuk memberi sesuap nasi  kepada mu,
tapi kini apa yang kau beri padanya kembali??
sekadar kata-kata maki,
sekadar cacian demi cacian diberi,
kasihanilah orang tuamu,
tanpanya tiada dirimu,
janganlah dicemuhi,
janganlah dikasari,
janganlah didustai,
sekeping hati tua yang merindui,
akan kasih dan sayangmu,
cubalah engkau selami,
cubalah engkau hayati,
pandanglah dengan mata hati,
walaupun sekeras kerikil hatimu,
ingatlah pesan ku,
mungkin sekarang dirinya derita keranamu,
tidak mustahil karma berlaku,
masa tuamu mungkin jua begitu,
dilempar, dihina, darah daging sendiri,...

Wednesday, June 29, 2011

Tatkala aku membaca gambaran kiamat..
terfikirkan jua aku dimanakah aku..
dapatkah aku kesyurga??
dari seribu yang menyeberang hanya seorang yang selamat...
apakah aku seorang itu?
atau aku dari kalangan 999 orang itu..
mula aku terbayangkan kesalahan, kesilapan dan dosa-dosa ku....
astaghfirullahhalazim....

Gambaran Hitungan selepas KIAMAT

Rupa Kiamat - Bacalah, jika kamu seorang manusia. (copy n paste)

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat
...
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi

[copy paste je utk pengkongsian ilmu bersama2 (^_^)v ]

Tuesday, June 21, 2011

Antara Dua persimpangan

bila tiba dua persimpangan sesuatu harus dilakukan untuk terus bergerak..
tetapi jalan manakah harus dipilih..??
jalan biasa manusia lalui atau sebaliknya??
adakalanya jalan biasa risikonya lebih besar dari jalan yang jarang digunakan..
pilihan yang sukar..
itulah dilema yang kekal..
antara dua persimpangan..
satu harus diketepikan untuk terus melangkah dan melangkah demi masa depan yang belum pasti...

Kepuraan

kenapa perlu menjadi orang  lain..
kenapa perlu berpura bila ianya ternyata?..
kita sememangnya sebaik kejadian tetapi tiada yang sempurna pada manusia biasa..
bebaskanlah diri dari debelenggu pemikiran kolot
sedarlah..
sekiranya menjadi diri sendiri sebenarnya lebih baik...
hidup lebih bermakna dan bebasnya pemikiran kita...
hijrahlah minda ke luar untuk mengembangkannya...

Sunday, June 5, 2011

Aku cuma mahu dunia tahu..
aku tidak sesuai untukmu...
kau lebih sempurna tanpaku...
hidupmu lebih bermakna..
tanpaku kau lebih bebas..
tanpaku kau lebih bahagia..
kehadiranku menyiksakan dirimu..
biarkan aku pergi mambawa diri demi kebaikanmu...

Tuesday, May 24, 2011

Salahkah II

salahkah aku?..
sekiranya melarikan diri ini..
bukan kerana aku tak sudi..
hanya dirimu lebih indah untuk aku dekati..
kau umpama gelas..
aku umpama debu..
bakal mengotori dirimu..


setelah apa yang aku beri disia-siakan..
salahkah aku?..
melarikan diri
aku tidak ingin kau ku sakiti..
harapan yang telah aku beri
akan aku padam kembali..

salahkah aku sekiranya hendak dirimu bahagia..
bukan bersamaku
tetapi dengan insan lebih sempurna dari diri ini..

..khas untuk kau yg aku sakiti....l

Thursday, May 19, 2011

Bukan sekadar ucapan...

Lebih dari sekadar ucapan yang aku ungkapkan..
janganlah kau ragui dengan apa yang aku ucapkan..
sememangnya aku maksudnya lebih dari itu..
tapi bagaimana pula dengan dirimu..

bukan ku tidak cuba mengerti isi hatimu..
cuma aku harapkan dari mulutmu sendiri..
buktikanlah ianya bukan sekadar ucapan..
aku senantiasa nantikan saat itu..

cubalah kau fahami diriku ini..
janganlah kau biarkan diri ini sendiri lagi..
sepi tanpamu disisi..
sepi tanpa dirimu menemani perjalanan hidupku..

sememangnya aku akui..
berat benar langkah kaki ini..
rela dalam pasrah..
hadapi ketentuanNYA..

Sunday, April 3, 2011

Melangkah....

Langkah ku atur satu demi satu,
ku atur hati-hati langkah itu,
walau ku tahu ku kan jatuh jua suatu masa,
ku tetap gagah melangkah,
aku kan melangkah selagi aku mampu melangkah,
tak ku hirau walau ribut melanda,
tak ku endah petir yang memanah,
tanpa melangkah aku tak maju,
tanpa langkah aku kan di takuk lama,
aku melangkah jua walau langkah itu longlai,
tak bertenaga,
kerana aku mengejar cita..
mengejar cinta, mengejar Syurga..

Ku tahu diriku ini tidak berseorangan,
aku masih ada Penciptaku..
masih punya saudaraku..
kau pergi waktu aku memerlukan..
tak mengapa kerana akku pasti melangkah..
demi meneruskan hidup sebagai Khalifah..

Saturday, March 26, 2011

kisah hati....

sudah lah sudah sayangku....
ku tahu isi hatimu...
ku tahu kemahuanmu..
aku sedang cuba melawan perasaanku..
bukan ku tidak sayangkan mu..
kerana ku menyayangimu
kelakuan ku sebegini...
kerana kaulh yng memberi aku semangat..
akn ku nantikn dirimu..
sanggup ku tggu biar bertahun lamanya...
jgn kau halang niatku..
biarlah aku sebegini selalu....

Monday, March 14, 2011

key el 2

setelah pendaftaran usai, hotel bertaraf  "5" bintanglah yang menjadi penginapan ku.. sememangnya sesuatu yang baru apabila aku mendapat sahabat baru... Uncle, Musica, Akio, izi, and seorg lagi yang digelar abg din (psycho), 6 org yang di tempatkan di dalam bilik 3A-C.. bukan 6 jahanam tapi 5 sahaja yang pecah tembelang, seorang asal sabah,  seorang asal dekat je ngan tempat aku.. png..seorang asal sini jew, seorang asal perak, seorang lg asal johor.. 5 sekepala, termasuk aku.. memang bilik aku happening setiap hari..psycho tak termasuk ok..dye tuh dengan dunia dye jew.. akio budak BIMD, uncle pula dalam degree networking, aku ngan izi dalam DIM.. and sekor lagi tuh BCEM kot kalu x salh... hehe... semester yang bes.. macam selalu dan dah jd adat bg setiap universiti atau sekolah.. budak yg bru masuk nie sllunya tapi kali ini lain.. tetiba jew semua jadi macam dah kenal lama... myb sebab pengalaman masing2.. hurm..aku plng muda dalam bilik nie...

adat juga untuk adakn minggu suai kenal (orientasi), tapi disini digelar MSR.. mmg seronok sbb dapat bercapur dgn org dari satu malaysia.. berkembang lah otak sikit.. berkongsi cerita dan pengalaman...
ramai jugak manusia yang pelik2 kat sini.. ada yang digelar hamster, toyol, askar, and macam2 gelaran yang dapat.. suatu suasana yang x dapat aku lupakan.. 5 sekepala selalu suka bar orng yang buat masalh.. tambah2 hantu besar.. masalah ngn aku mula2 then tersebar macam virus dkt orang lain.. dah tu kena arr plau.. kesian kat mamat tuh.. sapa suh x reti nak buat bg orng senang hati kan.. hehhe....

Sunday, March 13, 2011

mungkin aku hanya bermain dgn bayang ku sendiri...
hanya aku yng menyinta tapi tidak bg si dia..
mungkin aku yng hanya perasan..
aku sedar aku siapa..

biarlah segalanya aku terima dgn seadanya..
pergilah kepadanya..
aku hanya musafir yng menagih cinta dari org yng x suka..
tiadalh gunanya...

-kekecewaanku........

Pencintamu (coretan kenangan lalu)

aku disini menyimpan segalanya,
segala bait kenangan kita bersama,
setiap katamu masih segar dilayar mindaku,
setiap saat aku menantimu,

kasihku,
aku disini tetap menantimu,
walau kau hilang kemana sahaja,
ku setia disini,

usah kau bertanya mengapa,
aku tidak bisa menjawabnya,
mungkin kerana kau dan aku pernah ada rasa sayang,
rasa cinta,

aku disini menjadi pencinta yang setia,
hanya ku harap pada yang kuasa,
bagi menentukan kita bersama,
ku kan nantimu,
walau apa jua halangan yang menimpa,


Nota Kaki: "titipanku khas buatmu sayang.."

Wednesday, March 9, 2011

Key El

Kuala Lumpur sebuah kota metropolitan.. sejak pertama kali aku menjejakkan kaki kesini memang banyak yang aku pelajari erti hidup disini berbanding di tempat asalku iaitu di pulau yang dibuka oleh Francis Light.. secara teorinya mmg terpampang bahawa kehidupan di kota metropolitan ini sesuatu yang sebenarnya mencabar tetapi bagiku kehidupan disini tiada banyak perbezaan.

Cara pergerakanku disini menggunakan LRT. transit aliran ringan ini sememangnya banyak membantu pergerakan warga kota ke setiap tempat di ibu Negara Malaysia ini. masihku ingat kata-kata mantan pengetuaku yang banyak mengajar aku erti sebenar kehidupan.." jangan jadi ayam subsidi harapkan makanan diberi, jadilah ayam kampung bertarung mencari makan menyambung kehidupan, langkah tarinya tiada cacat dan sumbang." inilah pemberi semangatku kepada kehidupan disini.. bagiku kehidupan di hutan konkrit ini terletak pada pembawakan diri.. seperti "ayam kampung" tahu apa perlu dilakukan. kejutan budaya biasalah bg musafir dari desa, tetapi pengalaman ku menyelamatkan aku dari fenomena itu.

aku kesini dengan tujuan untuk menyambung pelajaran. memantapkan ilmu didada, menjadikan diri manusia berguna, mengubah nasib keluarga. inilah harapan orang tuaku. akan ku buktikan budak desa bukan seperti yang disangka.. terdapat kecekalan dalam jiwa. terdapat sesuatu yang belum terungkai dimata. ku cuba cari kelebihanku....

Friday, January 28, 2011

ku tidak hiraukanmu
bukan kerana ku mempunyai yang lain,
ku tidak hiraukanmu
kerana ku memberi kau ruang untuk bersama teman-temanmu
ku tidak hiraukanmu
kerana ku ingin kau merasa bebas

bukannya kerana kau ku biarkan
kerana ku terlalu menyayangimu
kerana ku ingin kau merasakan kau senang bersamaku
kerana ku ingin kau ceria selalu
andainya kau berdusta dibelakangku kerana ku bebaskan dirimu,
ku sedia memaafkan mu kerana kau sebenarnya kesayanganku,
percayalah kekasihku kau adalah segalanya buatku sayangku....
@®iZ

Sunday, January 23, 2011

ReNungKanLah

Ku lihat bintang berkelipan...
ku lihat bulan bercahaya,
menerangi malam suram,
ku rasa angin nyaman,
sungguh syahdu malam ini,

terasa bagai hendak mnghentikan masa itu,


tanpa kusedari,
bintang hilang seri,
bulan menyembunyikan diri,
malam kembali suram,
angin bertukar ribut,
syahdu malam menjadi tragedi ganas,

tapi mengapa manusia yang tak bersalah menjadi mangsa??
mengapa anak kecil yang kau ragut nyawanya??
mengapa wanita yang kau hancurkan??



tidakkah kau sedari??
meraka lah penyambung bangsa,
penyambung warisan,
penyambung tradisi,
penyambung dunia,
penyambung generasi..

sedangkan kamu hanya inginkan apa yang ada di dunia..

hanya kejar kuasa dan nama semata..
tiada perikemanusiaan...
hilang entah kemana...



sesungguhnya benarlah kata-kata
"dalam dunia haiwan tiada manusia tetapi didalam dunia manusia terdapat haiwan..."
haiwan yang berwajah manusia...
Kubukakan Hatiku dengan ketulusanmu,
ku bina mahligai buatmu,
ku ikat ikatan janji padamu,
kuleraikan simpulan rindu untukmu,
hanya kaulah penawar,
kaulah bunga,
kaulah segalanya,

walau kau hilang dimata,
kau tetap di hati,
walau kau jauh nun disana,
ku kan tetap menanti,
walau terpaksa ku redah lautan duka,
ku sanggup demi cinta ku buatmu,
jangan lah kau ragu dengan cintaku,
sesungguhnya ku setia padamu seorang,

tidakkan ku cari ganti,
kerna kaulah bidadari,
tiada yang lain melainkan dirimu,
tiada yang kedua dan ketiga kerana
dirimulah yang pertama dan selamanya..

Saturday, January 22, 2011

walau siapa yang datang,
xkan ku bukakan hatiku melainkan untuk mu sayangku,
hanya kau yang ku nantikan,
hanyalah kau yang ku setia,
kerana aku begitu menyintaimu,
begitu menyayangimu,
sbb itulah aku setia kepadamu,

Tuesday, January 18, 2011

hatiku tetap milikmu....
hatiku benar-benar mengharapkan dirimu sayangku..
ku berharap percintaan kita tak sampai disini saja...
walau kau umpama bunga larangan,
ku tetap hajati dirimu...
walau jasadku menanggung,
seribu kepedihan hati,
ku tetap menyintaimu.. kaulah yang kudambakan sayangku..

Sunday, January 16, 2011

Sahabat

benarlah seseorang itu adalah sahabat kita sekiranya dia benar2 mengambil berat..
benarlah sekiranya dia itu sahabat kita sekiranya apa yang diucapnya untuk kebaikan..
benarlah seseorang itu sahabat kita sekiranya dia itu benar membantu kita sekiranya terdapat masalah..
benarlah sekiranya dia itu sahabat kita sekiranya apa yang menjadi keperluan kita diberitahukannya..

hargailah sahabat anda..
sahabat umpama jari,
lukanya bisa sembuh sendiri tetapi
hilangnya tiada ganti..

Saturday, January 15, 2011

perlukah aku menanti dirinya??..
perlukah pengorbanan seperti itu aku lakukan??
atau perlukah aku mencari orang yang lebih setia??
tapi berdayakah aku melakukan semua itu sedangkan aku telah jatuh cinta terhadapnya...
telah tersemat jiwaku ini dengan namanya..
telah aku serahkan jiwaku buatnya..
telah ku kuncikan hatiku buatnya...
setiaku hanya untukmu sayangku...
walau kau toreh lukaku sebanyak yang kau suka,
ku tetap menyintaimu..
kerana cinta itu adalah buat manusia..
cinta itu tidak bermata...
cinta perlukan pengorbanan..
cinta perlukan kesetiaan..
biarlah aku merasakan kepedihan dahulu..
kelak aku kan bahagia...
kurelakan cinta merobek luka....
kubiarkan darah merah itu mengalir..
ini kerana merah tanda berani....
tiada cinta yang sempurna melainkan cinta kepada RASULLULLAH dan ALLAH...

Monday, January 10, 2011

KENAPA????
setiap yang terjadi itu selalunya bukan kehendak kita??


setiap yang berlaku itu kehendakNYA...
yang terjadi itu takdir dariNYA...
takdir itu pilihan kita...
jangan salahkan Qada dan Qadar...
semuanya telah tersurat...
yang terjadi itu ada hikmahnya...
laluilah dengan hati yang sabar....
tempuhilah dengan yakin...
BAHAWA... yang terjadi itu untuk kebaikan dan kegembiraan kita kelak
walau ku tahu kau begitu
ku tetap menyayangimu sepenuh hatiku
mungkin kerana kau adalah cintaku
mungkin kerana kau lah yang aku cari
mungkin jua kerana kau adalah manusia yang sebenarnya aku perlukan
mungkin kaulah jodohku
mungkin kaulah penawarku
mungkin kaulah yang mengajar aku erti CINTA
erti pengorbanan
erti kesakitan
erti kepedihan
erti kekecewaan
erti kebahagiaan
erti kesabaran dan
erti kesetiaan

Friday, January 7, 2011

luahan hati

walau hati ini diluka berkali-kali
aku tetapkan menyintaimu...
walau hati ini di guris sembilu
tetap dirimu ku rindui
biar parut membaluti
biar darah mengalir tidak berhenti
biar masa yang menetukan...
aku tidak berasa sangsi menyayangimu sayang..

Percintaan perlukan pengorbanan
jadi aku berkorban untukmu
untuk kebahgiaanmu....

kan ku nantimu jua walau aku terpaksa mengharungi perit dan luka yang dalam.....