Kuala Lumpur sebuah kota metropolitan.. sejak pertama kali aku menjejakkan kaki kesini memang banyak yang aku pelajari erti hidup disini berbanding di tempat asalku iaitu di pulau yang dibuka oleh Francis Light.. secara teorinya mmg terpampang bahawa kehidupan di kota metropolitan ini sesuatu yang sebenarnya mencabar tetapi bagiku kehidupan disini tiada banyak perbezaan.
Cara pergerakanku disini menggunakan LRT. transit aliran ringan ini sememangnya banyak membantu pergerakan warga kota ke setiap tempat di ibu Negara Malaysia ini. masihku ingat kata-kata mantan pengetuaku yang banyak mengajar aku erti sebenar kehidupan.." jangan jadi ayam subsidi harapkan makanan diberi, jadilah ayam kampung bertarung mencari makan menyambung kehidupan, langkah tarinya tiada cacat dan sumbang." inilah pemberi semangatku kepada kehidupan disini.. bagiku kehidupan di hutan konkrit ini terletak pada pembawakan diri.. seperti "ayam kampung" tahu apa perlu dilakukan. kejutan budaya biasalah bg musafir dari desa, tetapi pengalaman ku menyelamatkan aku dari fenomena itu.
aku kesini dengan tujuan untuk menyambung pelajaran. memantapkan ilmu didada, menjadikan diri manusia berguna, mengubah nasib keluarga. inilah harapan orang tuaku. akan ku buktikan budak desa bukan seperti yang disangka.. terdapat kecekalan dalam jiwa. terdapat sesuatu yang belum terungkai dimata. ku cuba cari kelebihanku....
No comments:
Post a Comment