Saturday, March 26, 2011

kisah hati....

sudah lah sudah sayangku....
ku tahu isi hatimu...
ku tahu kemahuanmu..
aku sedang cuba melawan perasaanku..
bukan ku tidak sayangkan mu..
kerana ku menyayangimu
kelakuan ku sebegini...
kerana kaulh yng memberi aku semangat..
akn ku nantikn dirimu..
sanggup ku tggu biar bertahun lamanya...
jgn kau halang niatku..
biarlah aku sebegini selalu....

Monday, March 14, 2011

key el 2

setelah pendaftaran usai, hotel bertaraf  "5" bintanglah yang menjadi penginapan ku.. sememangnya sesuatu yang baru apabila aku mendapat sahabat baru... Uncle, Musica, Akio, izi, and seorg lagi yang digelar abg din (psycho), 6 org yang di tempatkan di dalam bilik 3A-C.. bukan 6 jahanam tapi 5 sahaja yang pecah tembelang, seorang asal sabah,  seorang asal dekat je ngan tempat aku.. png..seorang asal sini jew, seorang asal perak, seorang lg asal johor.. 5 sekepala, termasuk aku.. memang bilik aku happening setiap hari..psycho tak termasuk ok..dye tuh dengan dunia dye jew.. akio budak BIMD, uncle pula dalam degree networking, aku ngan izi dalam DIM.. and sekor lagi tuh BCEM kot kalu x salh... hehe... semester yang bes.. macam selalu dan dah jd adat bg setiap universiti atau sekolah.. budak yg bru masuk nie sllunya tapi kali ini lain.. tetiba jew semua jadi macam dah kenal lama... myb sebab pengalaman masing2.. hurm..aku plng muda dalam bilik nie...

adat juga untuk adakn minggu suai kenal (orientasi), tapi disini digelar MSR.. mmg seronok sbb dapat bercapur dgn org dari satu malaysia.. berkembang lah otak sikit.. berkongsi cerita dan pengalaman...
ramai jugak manusia yang pelik2 kat sini.. ada yang digelar hamster, toyol, askar, and macam2 gelaran yang dapat.. suatu suasana yang x dapat aku lupakan.. 5 sekepala selalu suka bar orng yang buat masalh.. tambah2 hantu besar.. masalah ngn aku mula2 then tersebar macam virus dkt orang lain.. dah tu kena arr plau.. kesian kat mamat tuh.. sapa suh x reti nak buat bg orng senang hati kan.. hehhe....

Sunday, March 13, 2011

mungkin aku hanya bermain dgn bayang ku sendiri...
hanya aku yng menyinta tapi tidak bg si dia..
mungkin aku yng hanya perasan..
aku sedar aku siapa..

biarlah segalanya aku terima dgn seadanya..
pergilah kepadanya..
aku hanya musafir yng menagih cinta dari org yng x suka..
tiadalh gunanya...

-kekecewaanku........

Pencintamu (coretan kenangan lalu)

aku disini menyimpan segalanya,
segala bait kenangan kita bersama,
setiap katamu masih segar dilayar mindaku,
setiap saat aku menantimu,

kasihku,
aku disini tetap menantimu,
walau kau hilang kemana sahaja,
ku setia disini,

usah kau bertanya mengapa,
aku tidak bisa menjawabnya,
mungkin kerana kau dan aku pernah ada rasa sayang,
rasa cinta,

aku disini menjadi pencinta yang setia,
hanya ku harap pada yang kuasa,
bagi menentukan kita bersama,
ku kan nantimu,
walau apa jua halangan yang menimpa,


Nota Kaki: "titipanku khas buatmu sayang.."

Wednesday, March 9, 2011

Key El

Kuala Lumpur sebuah kota metropolitan.. sejak pertama kali aku menjejakkan kaki kesini memang banyak yang aku pelajari erti hidup disini berbanding di tempat asalku iaitu di pulau yang dibuka oleh Francis Light.. secara teorinya mmg terpampang bahawa kehidupan di kota metropolitan ini sesuatu yang sebenarnya mencabar tetapi bagiku kehidupan disini tiada banyak perbezaan.

Cara pergerakanku disini menggunakan LRT. transit aliran ringan ini sememangnya banyak membantu pergerakan warga kota ke setiap tempat di ibu Negara Malaysia ini. masihku ingat kata-kata mantan pengetuaku yang banyak mengajar aku erti sebenar kehidupan.." jangan jadi ayam subsidi harapkan makanan diberi, jadilah ayam kampung bertarung mencari makan menyambung kehidupan, langkah tarinya tiada cacat dan sumbang." inilah pemberi semangatku kepada kehidupan disini.. bagiku kehidupan di hutan konkrit ini terletak pada pembawakan diri.. seperti "ayam kampung" tahu apa perlu dilakukan. kejutan budaya biasalah bg musafir dari desa, tetapi pengalaman ku menyelamatkan aku dari fenomena itu.

aku kesini dengan tujuan untuk menyambung pelajaran. memantapkan ilmu didada, menjadikan diri manusia berguna, mengubah nasib keluarga. inilah harapan orang tuaku. akan ku buktikan budak desa bukan seperti yang disangka.. terdapat kecekalan dalam jiwa. terdapat sesuatu yang belum terungkai dimata. ku cuba cari kelebihanku....