Tuesday, December 28, 2010

Pencarian


Selama ini ku mencari-cari  sinaran permata
cuma ku temui  kerdipan kaca
ku mencari kerlipan bahagia
ku temui cahaya derita
ku tabahkan jiwa mencari terangnya siang pula
ternyata hanya malam gelita yang menjelma....
ku cuba mengerti pancaran cinta
tapi nyalaan kecewa dan hampa yang di terima..

Thursday, December 9, 2010

senyumlah Sahabatku

sahabatku,
senyumlah selalu
walaupun sebenarnya senyuman itu adalah senyuman yang menyembunyikan segalanya
senyumlah walau jauh sudut hatimu terdapat
satu masalah
sepuluh kegusaran
seratus kekecewaan
seribu kehampaan
dan sejuta kesakitan...
kerana dunia ini adalah cabaran sebenarnya
hidup adalah masalah yang perlu diselesaikan
bukanlah biarkan saja hidup ini tanpa erti
ingatlah tujuan manusia diciptakan didunia ini..
biarkanlah masa yang berlalu membawa setiap kesakitan itu
masa adalah pengubat segalanya...

Thursday, December 2, 2010

Kata HAMKA

Apakah kau sebenarnya berani??
kadangkala kita sebenarnya penakut kerana berani adalah seperti kata HAMKA
Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.
Itulah keberanian yang sebenarnya

pernahkah terlintas di fikiran kita
apa yang terjadi adalah yang terbaik buat kita??
seperti kata HAMKA
Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik.

Sebutlah yang sebenarnya kerana HAMKA berkata
Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran adalah orang yang lemah.
inilah ketakutan kita....tidak berani berkata yang benar...
Itulah sebenarnya kelemahan kita... 
perlukah kita dipandang hebat
sedangkan kita sebenarnya hanya manusia yang lemah
kekadang kita memikirkan kitalah yang terkuat
tetapi pernahkah kita terfikir ada orang yang dapat mengalahkan kita
pernahkah kita berfikir bahawasanya terdapat orang yang lebih hebat daripada kita
kita hanyalah manusia yang dicipta Oleh Allah
segala yang ada pada kita hanyalah pinjaman semata-mata

Andainya Allah mengambil kembali pancaindera yang di pinjamkan kepada kita,
adakah kita mampu untuk hidup..?

Renungkanlah bersama 
Adakalanya aku terfikirkan
kenapa manusia ini hanya bersandiwara?
mengapakah semuanya sekadar hipokrit semata-mata
tidak pernah membenarkan yang benar
hanya mengikut telunjuk orang yang sebenarnya mempunyai 1001 niat yang tidak ikhlas
hanya menunggu masa untuk membalas segala perbuatan kita..

membalas segala yang selama ini dipendam
sekadar mengukir senyuman yang mempunyai seribu maksud
perlukah itu semua?
perlukah semuanya di selindungi sesdangkan yang terjadi tak seperti yang dikehendaki
hanya pandai menyedapkan hati manusia lain
bermotifkan kebanggaan yang tak bernilai
hanya ingin menunjukkan kehebatan diri...

Wednesday, December 1, 2010

lidah lebih tajam daripada pedang
berbahasa perlulah memikirkan orang yang mendengar
adakalanya berbahasa perlulah berfikir baik buruknya

buat si pendengar pula,
adakalanya orang yang berkata-kata hanya menyampaikan
tetapi si pendengar menyalah kan pula
tidak mengapa...

sabarlah wahai orang yang menyampaikan perkara yang benar 
ketahuilah bahawa tak semua manusia didunia bersedia mendengar perkara yang elok
biarlah mereka dengan dunia mereka
kau sebenarnya telah menjalankan amanah dan tanggungjawabmu

sebenarnya si pendengar akan memikirkan kata-katamu
berkemungkinan si pendengar akan berubah
geraklah hati dengan kata-kata

oleh sebab itulah wujudnya pepatah 
"lidah adalah lebih tajam daripada mata pedang"