Thursday, December 9, 2010

senyumlah Sahabatku

sahabatku,
senyumlah selalu
walaupun sebenarnya senyuman itu adalah senyuman yang menyembunyikan segalanya
senyumlah walau jauh sudut hatimu terdapat
satu masalah
sepuluh kegusaran
seratus kekecewaan
seribu kehampaan
dan sejuta kesakitan...
kerana dunia ini adalah cabaran sebenarnya
hidup adalah masalah yang perlu diselesaikan
bukanlah biarkan saja hidup ini tanpa erti
ingatlah tujuan manusia diciptakan didunia ini..
biarkanlah masa yang berlalu membawa setiap kesakitan itu
masa adalah pengubat segalanya...

No comments:

Post a Comment