Wednesday, July 20, 2011

Remaja Masa Kini

Remaja Masa Kini,
walau dilengkapi teknologi tinggi,
akhidah masih rendah lagi,
harga dan maruah diri,
tidak lagi dipeduli,

Remaja Masa Kini,
tidak berfikiran tinggi,
masa depan tidak difokuskan lagi,
hanya mengejar kepuasan hati,

Remaja Masa Kini,
hanya pandai memerhati,
lemah bertindak sendiri,

Remaja Masa Kini,
hanya ikutkan nafsu diri,
tidak memikirkan akibat menanti,

Remaja Masa Kini,
hidupnya penuh imaginasi,
dibiarkan realiti pergi,

Remaja Masa Kini,
motivasi diri rendah sekali,
begitukah ingin hidup berdikari,

Remaja Masa Kini,
perlu dibimbing lagi,
untuk menjadi pewaris negara ini,
pewaris generasi ke generasi,

Remaja Masa Kini,
perlu digilap lagi,
bakat diri masih tersembunyi,
masih berada dialam fantasi,

Itulah realiti,
REMAJA MASA KINI...



Mutiara Kata: "Remaja Pewaris Bangsa..."

Tuesday, July 19, 2011

erti persinggahan

kau yang ku gelar sayang..
gelaran itu hanya bayang..
datangmu tanpa diundang..
pergimu jua tidak ku halang..
kehilanganmu tidak aku kecundang..

kerana dirimu itu hanya persinggahan..
setelah luka dari insan yang ku kasihkan..
kau hanya ku permainkan..
setelah maruah ini kau calarkan..

tiada erti percintaan..
dia juga ku dambakan..
walau toresan luka masih ada kesan..

tidak ku fahami erti tawa dalam tangisan..
pergimu tidak aku kesalkan
itulah yang ku gelar persinggahan..

itulah hakikatnya

memang begitulah hakikatnya...
kau tidak pernah aku sayangi seperti dia yang pertama buatku,
dia memahamiku tidak sepertimu yang menyekat kebebasanku,
aku hanya mainkan perasaanmu sahaja kerana aku sebenarnya ingin membalas apa yang telah kau lakukan sebelum ini..
tiada perasaan sayang dan tidak pernah wujud rasa itu semenjak dahulu lagi..
apa yang aku pamerkan hanyalah lakonan semata pada dunia yang nyata...

Sunday, July 17, 2011

Bayang siapa Kamu???

Bayang..
siapakah dirimu ini???
kenapa kau menjadikan dirimu umpama bayang..
tidakkah kau ingin aku kenal dirimu..
terlalu banyak persoalan kepadamu ingin ku tanya..

bayang
bilakah kau kan jelmakan dirimu..
tidak ku tahu perasaanmu..
tidak ku tahu ekpresi dirimu..

kau kelam..
dirimu hadir dalam bayangan..
sukar ku ungkapkan siapa dirimu..

inikah misteri yang harus aku cari
haruskah aku sendiri menyuluh cahaya kepadamu agar ku tahu siapa dirimu??..

Wednesday, July 13, 2011

aku kehilangan insan yang memberi semangat jiwaku
insan itu telah lari menjauhkan diriku ini..

mungkin inilah yang harus ku terima buat kedua kalinya
setelah insan yang ku sayangi khianati diri ini..
mungkin ini yang harus ku tempuhi untuk berjumpa dengannya
insan yang selama ini masih aku mencari..

detik demi detik..
saat demi saat
minit demi minit..
aku masih menantimu sayang...

Saturday, July 2, 2011

sanggup kau..

tegarnya engkau melakukan begitu,
kemana hilangnya perasaan kasih mu itu,
kemana ghaibnya janjimu dulu,
sewaktu dirimu kecil ditatangnya bagai minyak yang penuh,
ditunaikan ap yang kau minta walau susah payah,
tulang empat kerat itulah dibantingnya untuk memberi sesuap nasi  kepada mu,
tapi kini apa yang kau beri padanya kembali??
sekadar kata-kata maki,
sekadar cacian demi cacian diberi,
kasihanilah orang tuamu,
tanpanya tiada dirimu,
janganlah dicemuhi,
janganlah dikasari,
janganlah didustai,
sekeping hati tua yang merindui,
akan kasih dan sayangmu,
cubalah engkau selami,
cubalah engkau hayati,
pandanglah dengan mata hati,
walaupun sekeras kerikil hatimu,
ingatlah pesan ku,
mungkin sekarang dirinya derita keranamu,
tidak mustahil karma berlaku,
masa tuamu mungkin jua begitu,
dilempar, dihina, darah daging sendiri,...